Panduan dalam pendidikan

MEMBINA SOALAN

Quick Tips-Essay

classroom assessment

essay items

create a new rubic

SOALAN ITEM ANEKA PILIHAN

Teknik pembentukan soalan aneka pilihan jawapan dibahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat pembentukan pokok soalan dan peringkat pembebtukan pilihan jawapan.

-MEMBENTUK POKOK SOALAN

Cara yang efektif untuk membentuk pokok soalan ialah dengan memusatkan tumpuan penyoalan kepada satu idea.Idea ini hendaklah mengenai sesuatu konsep atau kemahiran yang telah disenaraikan dalam jadual penentu ujian.Untuk menguji konsep kebolehpercayaan ujian, guru boleh menumpukan penulisan pokok soalan kepada definisi atau makna konsep tersebut.

-MEMBENTUK PILIHAN JAWAPAN.

Teknik ini adalah langkah menyenarai satu jawapan yang betul dan tiga atau empat pengganggu.Untuk membentuk pilihan jawapan, pertama, nyatakan satu jawapan betul sahaja. Kedua senaraikan pengganggu yang ada "daya tarikan" untuk dipilih sebagai betul oleh pelajar.Ketiga, susun pilihan jawapan mengikut abjad urutan pilihan jawapan kecuali jika terdapat susunan lain yang lebih logik.


ITEM SALAH BETUL

Terdapat tiga teknik dalam membina soalan item salah betul:

1)Teknik Perbandingan, iaitu teknik membandingkan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran.

2)Teknik Mempelbagaikan Respons

3)Teknik Aneka Item Salah Betul, iaitu dengan menggunakan satu pokok pernyataan dan satu siri item yang setiap satunya merupakan pernyataan yang betul atau salah.


ITEM JAWAPAN PENDEK

Teknik yang digunakan dalam membentuk item jawapan pendek ini ialah dengan langkah Mengenal Pasti Perkataan Kunci, Membentuk Soalan kemudiannya Menyelaras Format Item.


ITEM ESEI

Teknik membentuk ujian item esei adalah seperti berikut:

-Pembentukan Item, perincian item.

-Penyediaan Skema Pemarkahan, rancang untuk memberi markah

-Pengesahan Kesesuaian Skema Pemarkahan, sebagai langkah pengesahan ujian berkenaan




Find new MySpace layouts at pYzam.
MySpaceLayouts




This electronic portfolio was created using the KEEP Toolkit™, developed at the
Knowledge Media Lab of The Carnegie Foundation for the Advancement of Teaching.
Terms of Use - Privacy Policy