suzaina shahzal

Generate Your Own Glitter Graphics @ GlitterYourWay.com - Image hosted by ImageShack.us



HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL

KBSM

PEMIKIRAN MORAL

PERASAAN MORAL

TINDAKAN MORAL

KESEDARAN

HATI NURANI

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH INSAN BERAKHLAK MULIA

2 Matlamat

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk

Pendidikan individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan Tujuan

Moral boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan

negara serta masyarakat global.

Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid :

1. Memahami dan menghayati nilai-nilai yang Penerangandiperlukan untuk berakhlak

mulia;

2. Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam

sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;

3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan

keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;

4. Mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan kerohanian dalam membuat keputusan dan menyelesaikan Format masalah; dan Empat Lajur

5. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adil dan

altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.



RANCANGAN TAHUNAN

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

Tajuk: Agama saya

HPU :a) Kenali Agama Kita

b) Tempat beribadat

c) Mari Beraya Bersama-sama

Nilai ( HPK ):Kepercayaan kepada tuhan

a) Menyatakan pelbagai agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia.

b) Mengenali tempat beribadat pelbagai kaum di Malaysia.

c) Mengetahui perayaan keagamaan pelbagai kaum dan tujuan perayaan tersebut.

Tajuk: Badan Bersih Kita Sihat

HPU :

a) Gigi saya Bersih dan sihat

b) Saya Menjaga kebersihan Diri

c) Cara menjaga Kebersihan Anggota Badan

Nilai ( HPK ) :Kebersihan Fizikal dan Mental

a) Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan anggota badan

b) Mengetahui cara menjaga kebersihan anggota badan.

c) Menjaga kebersihan anggota badan mereka sendiri demi menjamin kesihatan diri

Tajuk: Hargai Anggota Badan

HPU :

a) Kegunaan Anggota Badan

b) Anggota Badan Digunakan Dengan Baik

c) Bersukan Menguatkan Anggota Badan

Nilai ( HPK ) :Harga Diri

a) Menyatakan fungsi setiap anggota badan.

b) Menggunakan anggota badan kearah kebaikan

c) Menjaga anggota badan mereka dengan baik.

Tajuk: Rajin Amalan Terpuji

HPU : a) Kerajinan Membawa Kejayaan

b) Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan

c) Rajin Adik Rajin

Nilai ( HPK ) :Kerajinan

a) Menyedari perlunya bersikap rajin dalam semua pekerjaan

b) Melakukan semua kerja dengan bersungguh-sungguh dan berterusan sehingga

mencapai kejayaan.

Tajuk: Bersopan Dalam Pergaulan

HPU : a) Bersopan Dengan Kawan

b) Pengucapan Bertatasusila

Nilai ( HPK): Hemah Tinggi

a) Memberi layanan yang bersopan kepada rakan sesame bergaul.

b) Menerangkan perlunya bersikap sopan demi menjalin dan mengeratkan persahabatan.

c) Mengucapkan tutur kata yang bertatasusila dalam semua situasi.

Tajuk: Sayangi Diri Hidup Selamat

HPU : a) Berhati-hati Di Dapur

b) Keadaan Berbahaya Perlu dijauhi

c) Saya Makan Makanan Berkhasiat

Nilai ( HPK ) : Kasih Sayang

a) Menjauhi dari daripada alat yang mendatangkan bahaya

b) Menyatakan kepentingan menjaga keselamatan diri sendiri.

c) Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang

Tajuk: Hidup Sederhana

HPU : a) Sederhana Dalam Perbuatan

b) Kita Perlu Hidup Sederhana

Nilai ( HPK): Kesederhanaan

a) Menyatakan kebaikan bersikap sederhana dalam kehidupan.

b) Menyatakan beberapa situasi yang memerlukan kita bersederhana.

c) Mengamalkan sikap bersederhana dalam perlakuan dan juga tutur kata.

Tajuk: Hidup Sentiasa Jujur

HPU : a) Bangau Yang Jujur

b) Jujur dan Ikhlas Amalan Yang Baik

c) Bersikap Jujur Setiap Masa

Nilai ( HPK ) : Kejujuran

a) Menyatakan Kebaikan bersikap jujur.

b) Menyebut kepentingan menepati janji

c) Mengamalkan sikap jujur dalam pergaulan.

Tajuk: Hidup saling membantu

HPU : a) Sedia Membantu

b) Hidup Tolong-menolong

c) Suka Menolong Tanda Baik Hati

Nilai ( HPK): Baik Hati

a) Menyedari bahawa orang yang dalam kesusahan perlu dibantu

b) Membantu orang lain yang memerlukan bantuan sesuai dengan kemampuan diri

c) Mengamalkan sikap baik hati setiap masa.

Tajuk: Budi Diingat Jasa Dikenang

HPU : a) Kemudahan Awam Perlu Dijaga

b) Sentiasa Berterima Kasih

c ) Jasamu Dihargai

Nilai ( HPK ) : Berterima Kasih

a) Mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah menolong mereka

b) Menyatakan kepentingan mengucapkan terima kasih.

c) Menyatakan pelbagai cara untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang

Tajuk: Sayangi Ahli Keluarga

HPU : a) Keluarga Bahagia

b) Keluarga Tersayang

c) Keluarga Kebanggaan Damit

Nilai ( HPK): Kasih Sayang Terhadap Keluarga

a) Mengetahui cara menyayangi ahli keluarga.

b) Menunjukkan perasaan bangga dengan ahli keluarga.

c) Menerima dan memberi layanan yang baik kepada ahli keluarga.

Tajuk: Hormati dan Taat Ibu Bapa

HPU :

a) Menghormati Ibu Bapa

b) Taat Akan nasihat Ibu dan Bapa

Nilai ( HPK ) : Hormati dan Taat Kepada Anggota Keluarga

a) Mengamalkan sikap menghormati ibu dan bapa.

b) Mengetahui cara menghormati ibu dan bapa.

c) Menerangkan sebab perlunya menghormati ibu dan bapa

Tajuk: Saling Membantu Hidup Bahagia

HPU : a) Membantu Keluarga Tanggungjawab Bersama.

b) Bantu-membantu Meringankan Kerja.

Nilai ( HPK): Tanggungjawab Terhadap Keluarga

a) Mengetahui sebab perlunya saling membantu sesame ahli keluarga di rumah.

b) Mengetahui cara saling membantu dalam keluarga.

c) Mengamalkan sikap suka menolong ahli keluarga melakukan kerja di rumah.

Tajuk: Bertanggungjawab Terhadap Rakan

HPU :

a) Membantu rakan suatu Tanggungjawab.

b) Menjaga Kebajikan Rakan.

c) Menjaga Maruah Rakan Tanggungjawab Kita.

Nilai ( HPK ) : Bertanggungjawab Terhadap Masyarakat

a) Menjalin hubungan baik dengan rakan.

b) Menyatakan cara untuk menjalin hubungan baik dengan rakan.

c) Berkawan dengan semua orang tanpa mengira bangsa atau kedudukan.

Tajuk: Sedia Berkongsi

HPU :

a) Amalan Berkongsi Melambangkan Baik Budi.

b) Berkongsi Menjalin Persahabatan.

c) Gagak Yang Tamak

Nilai ( HPK): Toleransi Dalam Masyarakat

a) Mengenali barang-barang yang boleh dikongsi bersama rakan.

b) Menyenaraikan barang-barang yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

c) Menyatakan kebaikan berkongsi barang-barang milik sendiri dengan rakan.

d) Mengamalkan sikap suka berkongsi barang milik peribadi dengan orang lain.

Tajuk: Bekerjasama Asas Kecemerlangan

HPU :

a) Jadual Tugasan Mesti Dipatuhi.

b) Menjaga kebersihan Kelas Tanggungjawab Bersama.

c) Papan Kenyataan Sumber Maklumat.

Nilai ( HPK ) : Semangat Bermasyarakat

a) Bekerjasama melakukan aktiviti keceriaan dan akademik di bilik darjah.

b) Menyatakan kebaikan

bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Tajuk: Hadir Ke Sekolah Kewajipan Kita.

HPU :

a) Faedah Hadir Ke Sekolah

b) Bersama-sama Menyertai Aktiviti Sekolah

c) Rajin Ke Sekolah Menambah Ilmu

Nilai ( HPK): Peka Terhadap Isu Sosial

a) Menyatakan faedah hadir ke sekolah.

b) Memberitahu kesan sekiranya selalu tidak hadir ke sekolah.

c) Menghadirkan diri ke sekolah setiap hari persekolahan.

Tajuk: Rumah Bersih Hidup Selesa

HPU :

a) Rumah Kami Bersih Dan Kemas

b) Mengemas Bilik Supaya Rapi Dan Bersih

c) Persekitaraan Indah Hidup selesa.

Nilai ( HPK ) : Kebersihan Dan Keindahan Persekitaran.

a) Menerangkan cara menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal.

b) Memahami dan menjelaskan kebaikan menjaga kebersihan dan keceriaan tempat tinggal.

d) Mengurus dan menjaga kebersihan tempat tinggal.

Tajuk: Cintailah Alam Sekitar

HPU :

a) Persekitaran Bersih Hidup Sejahtera.

b) Sayangi Alam Sekitar

Nilai ( HPK): Menyayangi Alam Sekitar

a) Mengenali dan menunjukkan cirri sekitar yang indah.

b) Menjaga alam sekitar supaya sentiasa bersih dan cantik.

c) Memberi contoh flora dan fauna yang indah yang perlu dipelihara demi mengekalkan kesejahteraan hidup.

Tajuk: Persekitaran Ceria Kita Selesa

HPU :

a) Keceriaan Tempat Tinggal Dijaga Bersama.

b) Kantin Sekolah Kebanggaan Kita.

c) Menjaga Kebersihan Tempat Awam Tanggungjawab Kita.

Nilai ( HPK ) : Peka Terhadap Isu alam Sekitar

a) Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keceriaan alam sekitar.

b) Menjelaskan kebaikan menjaga kebersihan dan keceriaan alam sekitar

c) Mengamalkan sikap mementingkan kebersihan dan keceriaan alam sekitar.

Tajuk: Sekolah Yang Saya Sayangi

HPU :

a) Kenali Identiti Sekolah.

b) Kenali Sekolah Kita

c) Kenali Pemimpin Sekolah

Nilai ( HPK): Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan negara.

a) Mengenali lambang identiti sekolah seperti lencana, lagu dan bendera.

b) Mengenali dan menamakan pemimpin utama di sekolah seperti guru besar, penolong

kanan dan sebagainya.

c) Menyatakan cara menghormati lambang identiti dan pemimpin sekolah.

d) Menerangkan sebab mereka bangga dan saying akan sekolah sendiri.

Tajuk: Peraturan Asas Disiplin

HPU :

a) Patuhi Peraturan di Bilik Darjah

b) Peraturan Untuk Kebaikan Semua

Nilai ( HPK ) : Patuh Kepada Peraturan dan Undang-undang

a) Menyenaraikan peraturan bilik darjah yang perlu dipatuhi.

b) Menyedari kepentingan peraturan bilik darjah.

c) Mengamal dan mematuhi peraturan bilik darjah.

Tajuk: Kami Anak Malaysia

HPU :

a) Kenali dan Cintai Negara Kita Malaysia

b) Mercu Tanda Negara

c) Malaysia Negara Kebanggaan Kami

Nilai ( HPK): Cinta Akan Negara

a) Menyatakan cara menunjukkan rasa bangga terhadap negara.

b) Mengenali beberapa mercu tanda kebanggaan negara.

c) Menyatakan sebab mereka bangga menjadi rakyat Malaysia.

Tajuk: bersatu padu Teras Kejayaan

HPU :

a) Belajar Bersama-sama

b) Bertolak ansur dan Saling Memahami

c) Menghargai Kawan Baru

Nilai ( HPK ) : Keamanan dan Keharmonian

a) Menerangkan kepentingan mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling memahami

sesama rakan.

b) Menyatakan cara bertolak ansur dan saling memahami sesama kawan dalam pelbagai situasi.



Rancangan Harian Pendidikan Moral Tahun 2

Tema : Sayangi Alam Kita

Topik : Kasih Sayang

Kelas : Tahun 2

Enrolment : 30 orang

Komputer : 40 unit

Lokasi : Kelas 2 Arif

Peruntukan : 2 waktu

Masa

Pengetahuan : -

Sedia Ada TMK

Objektif:

Objektif Am: Selepas pembelajaran bab ini, pelajar akan dapat:

? Mencintai dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup.

Objektif spesifik: Di akhir pelajaran, para pelajar akan dapat:

- Kumpulan A:

? Memahami maksud kasih sayang.

? Menyayangi segala kehidupan flora dan fauna di muka bumi.

? Membuat 10 ayat selepas menonton rancangan TV yang bertemakan kehidupan di muka bumi.

- Kumpulan B:

? Memahami maksud kasih sayang.

? Menyayangi segala kehidupan flora dan fauna di muka bumi.

? Membuat 7 ayat selepas menonton rancangan TV yang bertemakan kehidupan di muka bumi.

- Kumpulan C:

? Memahami maksud kasih sayang.

? Menyayangi segala kehidupan flora dan fauna di muka bumi.

? Membuat 5 ayat selepas menonton rancangan TV yang bertemakan kehidupan di muka bumi.

Hasil :

Pembelajaran

? Sentiasa mengamalkan nilai sayang akan alam sekitar.

Liputan Kurikulum :

? Hargai hidupan alam, sayangi alam sekitar.

- Sayangi segala hidupan di muka bumi.

- Flora

- Fauna

Kesediaan Guru : Menyediakan satu bahan pengajaran dalam bentuk slaid lutsinar.

Penerapan TMK : Ms Word.

Penyediaan TMK : Projektor OHP untuk persembahan slaid.

Aktiviti Pelajaran :

? Mulakan kelas dengan mengajar murid-murid tentang kandungan yang terdapat dalam buku teks unit 8, iaitu, sayangi alam kita. Mengadakan perbincangkan tentang setiap situasi yang terdapat dalam buku teks tersebut dan kaitkan perbincangan dengan sayangi alam sekitar.

? Pilih beberapa murid dan minta mereka memberi contoh-contoh tentang teladan cinta akan alam sekeliling.

? Tunjukkan gambar dan soalan yang telah disediakan kepada murid-murid. Arahkan mereka membentuk dalam kumpulan dan menjawab soalan yang ditunjukkan. Selepas semua kumpulan telah menyelesaikan soalan tersebut, minta salah seorang murid dari setiap kumpulan untuk membacakan jawapan yang telah mereka bincangkan tadi.

? Aktiviti Kumpulan: Tugasan diberi mengikut aras kebolehan pelajar masing-masing.

? KBKK: Menerokai maklumat daripada apa yang dipelajari.

? Nilai Murni: Sayangi alam sekitar, kasih sayang.

Aktiviti Guru :

? Guru memperkenalkan maksud kasih sayang.

? Guru membincangkan tentang cara-cara menyayangi segala kehidupan flora dan fauna di muka bumi.

? Guru mengadakan perbincangan tentang setiap situasi yang terdapat dalam buku teks tersebut dan kaitkan perbincangan dengan sayangi alam sekitar.

? Guru memilih beberapa murid dan minta mereka memberi contoh-contoh tentang teladan cinta akan alam sekeliling.

? Guru menunjukkan gambar dan soalan yang telah disediakan kepada murid-murid dan mengarahkan mereka membentuk dalam kumpulan dan menjawab soalan yang ditunjukkan.

? Guru meminta salah seorang murid dari setiap kumpulan untuk membacakan jawapan yang telah mereka bincangkan.

? Guru menyediakan tugasan kepada murid:

-Kumpulan A:

? Membuat 10 ayat selepas menonton rancangan TV yang bertemakan kehidupan di muka bumi.

-Kumpulan B:

? Membuat 7 ayat selepas menonton rancangan TV yang bertemakan kehidupan di muka bumi.

-Kumpulan C:

? Membuat 5 ayat selepas menonton rancangan TV yang bertemakan kehidupan di muka bumi.

? KBKK: Guru memberi tugasan kepada pelajar di mana pelajar diminta menerokai maklumat daripada apa yang dipelajari.

? Nilai Murni: Guru menerapkan tentang nilai kasih sayang dan sayangi alam sekitar yang perlu ada pada diri pelajar semasa mempelajari bab ini.

Aktiviti Pelajar :

? Mempelajari tentang maksud nilai kasih sayang.

? Memahami tentang cara-cara menyayangi segala kehidupan flora dan fauna di muka bumi.

? Menjawab soalan yang ditanya oleh guru sesama ahli kumpulan, iaitu memberi sebab-sebab tentang mengapa orang-orang dalam gambar yang ditunjukkan telah menunjukkan nilai sayang kepada alam sekitar.

? Menyelesaikan tugasan yang disediakan oleh guru.

? KBKK: Menerokai maklumat daripada apa yang dipelajari.

? Nilai Murni: Sayangi alam sekitar, kasih sayang.

Keperluan Khas :

? Guru menyediakan latihan dengan bantuan perisian pemproses kata.

Laman Web : -

Literasi : -

Numerasi : -

Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 2.

Buku Rujukan : Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 2.

Nilai Murni : Kasih sayang, sayangi alam sekitar.

KBKK : Menerokai maklumat daripada apa yang dipelajari.

Penilaian : Penilaian pencapaian pelajar berdasarkan tugasan yang diberi.

Bahan rujukan : d2pm_bahan2.doc



Intech,Thursday 3 January 2008-The Star

Latest Technology

A Five-Speaker System For iPods

www.bowers-wilkins.com

1. An iPod amplifier and speaker system from Bowers & Wilkins.

2.Name Zeppelin at 16.5 pounds.




This electronic portfolio was created using the KEEP Toolkit™, developed at the
Knowledge Media Lab of The Carnegie Foundation for the Advancement of Teaching.
Terms of Use - Privacy Policy