|
|
MY LIFE
MAJLIS AKAD NIKAH NOR HABIBAH Bte MOHAMED & MOHD SYAHIR B.MOHD YUSOFF... pada 08 Ogos 2008 Di kediaman keluarga di Kuantan Pahang.
Demi menunaikan impian Ibu Ayah...ku teruskan jua perjuangan ini...walaupun sukar...
Alhamdulillah... syukur Suami banyak memberi galakkan dan sokongan agar saya menimba ilmu dalam bidang perrguruan ni...berkat sokongan dan doa suami serta keluarga...alhamdulillah saya dapat teruskan pengajian DIP. Education walaupun terpaksa berpisah jauh dengan suami tercinta...
Ribuan terima kasih kepada suami yang sekarang mengajar di SMK Tansau, K.Kinabalu, Sabah... InsyaAllah nanti saya pun akan posting di Sabah...
|
|
|
PENGUJIAN DAN PENAKSIRAN DI BILIK DARJAH PENAKSIRAN: Ialah proses mengumpulkan dan menafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Bagaimana penaksiran dan pengujian berlaku? Seorang guru boleh melakukan kegiatan mengukur dan menilai murid menerusi semakan latihan (homework), nota, jawapan atau keputusan ujian mingguan/ bulanan/ tahunan, aktiviti perseorangan atau berkumpulan,menyoal murid, menemu bual dan memerhatikan tingkahlaku pelajar. Apakah Tujuan Penaksiran? Tujuan umum ialah untuk membantu meningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran
|
|
|
JADUAL PENENTU UJIAN JPU merupakan satu rancangan bertulis yang menyatakan agihan item-item mengikut kandungan dan objektif pembelajaran, dan tingkat relatif pentingnya setiap kandungan dan objektif. REFLEKSI JPU? apa tue??...sebelum masuk Dip.Education kat UIA, sy tak tau apa tu JPU...dan tak penah dengar pun..tapi alhamdulillah bila dah Jumpa Dr. Joharry baru saya tau apa JPU and apa kegunaannya...
JPU DARI MEJA KETUA PANITIA
contoh JPU
|
|
|
Analisis Item Analisis Item merupakan satu kaedah sistematis yang menggunakan teknik statistik untuk menilai mutu item-item ujian, khususnya item yang berbentuk objektif. Hills berpendapat analisis items perlu dilakukan dalam tiga peringkat. peringkat pertama:bertujuan untuk menentukan tingkat kesukaran setiap soalan peringkat kedua:analisis diskriminasai item peringkat ketiga:analisis pengganggu- dilakukan terhadap ujian aneka pilihan
Analisis Item
|
|
|
ITEMS UJIAN
1) Item Aneka Pilihan Jawapan (Multiple Choices Question) 2) Item Salah Betul (True/False) 3) Item Essei 4) Item Jawapan Pendek
JENIS-JENIS ITEMS
easy test maker
|
|
|
MATCHING QUESTIONS Soalan padanan terdiri daripada dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan. Calon atau murid dikehendaki menjawab soalan bentuk begini dengan cara menggaris atau menanda kedua-dua perkara yang berkaitan. Soalan jenis padankan termasuk dalam keluarga "Selected Response" kerana item jenis ini tidak memerlukan pelajar menulis jawapan sendiri, tetapi pelajar perlu memadankan/ suaikan soalan dengan jawapan yang betul. Items jenis ini mempunyai dua Colum (Colum A & Colum B).
soalan padankan
|
|
|
ITEM BETUL SALAH Item betul salah (TRUE/ FALSE) adalah soalan objektif berbentuk satu kenyataan. Soalan bentuk ini sesuai digunakan dalam bilik darjah untuk mendapatkan maklum balas murid tentang sesuatu topik pengajaran. Item ini mudah dan pantas dibina. Walau bagaimanapun soalan yang berkualiti dan baik memerlukan kemahiran dan tidaklah semudah yang disangka. Item berbentuk ini mengandungi pokok soalan berbentuk kenyataan sama ada betul atau salah. Murid dikehendaki memastikan kenyataan berkenaan sama ada betul atau salah.
procedures to construct true false
true false
|
|
|
ITEMS ANEKA PILIHAN (MULTIPLE CHOICES QUESTION) Soalan aneka pilihan sering digunakan dalam peperiksaan. Soalan jenis ini kerap digunakan kerana ia lebih berkesan dari aspek pengujian kualiti pemikiran, kefahaman, penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Bentuk soalan ini mengandungi satu pokok soalan (stem) yang berfungsi sebagai soalan diikuti dengan beberapa gerak balas (pilihan jawapan). Pokok persoalan boleh berbentuk ayat tanya, ayat tidak lengkap, petikan atau kenyataan asalkan jelas dan tepat. Di antara pilihan jawapan berkenaan hanya satu sahaja jawapan yang tepat. Manakala pilihan lain dianggap sebagai pengganggu. Pengganggu hendaklah hampir sama dari segi isi, bilangan perkataan dan mirip dengan jawapan betul
Membina items Aneka Pilihan
How to Constructs Quality MCQ?
Constructing Quality MCQ
|
|
|
ESSEI Soalan bentuk esei amat digemari oleh kebanyakan guru disebabkan pembinaannya lebih mudah berbanding dengan soalan berbentuk lain. Soalan esei memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta serta prinsip tertentu untuk disusun bagi membentuk satu idea, saranan atau perbincangan yang menyeluruh dan mantap. Soalan bentuk ini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada murid untuk memilih, menyusun, menghubungkan serta membentangkan idea dengan menggunakan perkataan sendiri. Menurut Gronlund (1981) soalan jenis esei ini tidak sesuai untuk menguji soalan berbentuk fakta. Soalan esei sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang tidak dapat diukur dengan menggunakan soalan objektif yang biasanya memerlukan aras kemahiran pada peringkat tinggi seperti mengukur kemahiran memilih, menyusun, mengorganisasi, dan menilai idea. Walaupun soalan esei lebih mudah untuk digubal, pemarkahannya adalah agak rumit dan seringkali mudah menimbulkan bias
panduan menulis essay
how to write an essay
advantage essay questions
rubistar-
|
|
|
PENAKSIRAN PRESTASI (ALTERNATIVE ASSESSMENT) Satu cara untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar ke atas pembelajaran yang kompleks seperti kemahiran menyampaikan ucapan, menyediakan kertas projek, menjalankan ujikaji, memainkan alat musik dan sebagainya. contoh prestasi dalam Pendidikan Islam seperti Tayammum, penyembelihan dan cara menunaikan ibadat Haji. Tujuan ujian prestasi adalah untuk mengukur pencapaian terhapad objekti pengajaran dan pembelajaran berjaya di capai oleh guru dan pelajar. Prinsip-prinsip asas Penaksiran Prestasi 1- Berasaskan matlamat persekolahan 2- Berasaskan Sekolah 3- Mempertingkatkan Pencapaian 4- Berasaskan ketelusan 5- Kesahan dan kebolehpercayaan terhadap ujian
ALTERNATIVE OR PERFORMANCE
note prestasi Power point
|
|
|
ASSESSMENT CLASS PROJEK Kertas soalan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4
soalan Tingkatan 4
|
|
|
REFLEKSI KENDIRI Alhamdulillah... setelah hampir 4 purnama mengikuti program Dip Education di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, banyak knowledge tentang PERGURUAAN saya perolehi. Semester pertama dalam program Dip Of Education,saya dapat banyak maklumat dan knowledge baru tentang "ilmu perguruan". Bagi sy Pengujian & Penaksiran Di Bilik Darjah adalah subjek yang sangat-sangat penting bagi seorang individu yang bergelar "GURU". Assessment Class bersama Dr. Joe di UIA amatlah berguna... Dalam assessment ni saya tahu apa itu JPU, Analisis item, kesukaran item, item diskriminasi, cara membina soalan-soalan peperiksaan yang bagus agar kebolehpercayan terhadap ujian tinggi. Sebelum ini, Saya memang tidak pernah tahu tentang kewujudan ilmu ini....dan ternyata setelah saya mempelajarinya, saya rasa seronok dan semakin berminat untuk mendalami ilmu ini...kerana ianya sangat berguna untuk menilai, mengukur kefahaman pelajar, menilai kebolehan kendiri serta dapat memperbaiki method pengaran dan pembelajaran di bilik dajah. Rupa-rupanya profession perguruan tidak semudah yang disangkakan... banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang guru. Insyaallah ilmu yang saya dapat mengenai pengujian di bilik darjah serta jenis-jenis ujian dan prosedur sesuatu ujian dilaksanakan akan dipraktikkan di sekolah nanti...jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Our Beloved lecturer Dr. Joharry di atas ilmu yang diajarkan...
|
|
|
KENANGAN DIPLOMA OF EDUCATION UIAM 2009
Educational Visit to SMK Sg Kertas, Selayang
|
|
|